MAS nyata sokongan kepada Kumpulan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri

kosmo.com.my
Pelajar Kumpulan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri sebaik tiba ke KLIA
Pelajar Kumpulan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri sebaik tiba ke KLIA

WIRA. Ketibaan seramai 59 pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) dari Kumpulan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin disambut seperti wira selepas memenangi pingat emas pada konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF 2019) di Sydney, Australia baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS), Kapten Izham Ismail berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, pihaknya berbangga kerana dapat membawa kesemua para pelajar yang telah berjaya menjulang nama negara ke persada antarabangsa.

"Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan yang menarik dan sebahagian kecil sumbangan yang diberikan ini mencerminkan sokongan kami bukan sahaja dalam pendidikan formal tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum yang melengkapkan pembelajaran akademik," katanya.

Kesemua pelajar turut diterbangkan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH122.

#1 Downloaded Personalized News App

Read in App for better experience

cancel confirm